Sunday, April 03, 2005
Siti Nurhaliza is invited again..
Ok blogger..here comes the update of Siti's concert in RAH :
Siti Nurhaliza menampilkan gaya tersendiri semasa memberi persembahan selama dua jam di hadapan 2,500 penonton sempena konsert solonya di dewan berprestij, Royal Albert Hall.

And she was invited again by David Elliott the executive in-charge of RAH.
(Check this out, an article taken by Utusan Malaysia online)
LONDON 1 April - Penyanyi,Siti Nurhaliza yang memperlihatkan kecemerlangan beraksi secara solo di Royal Albert Hall di sini malam tadi diundang sekali lagi untuk mengadakan persembahan di dewan berprestij itu.
Undangan itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif dewan tersebut, David Elliott sejurus selepas Siti selesai melakar sejarah sebagai artis Malaysia pertama mengadakan persembahan selama dua jam di dewan yang sering menampilkan artis-artis ternama dunia.
Menurut David, pihaknya tidak teragak-agak untuk menawarkan Siti peluang kedua memandangkan penyanyi berusia 26 tahun itu memiliki karisma yang setanding dengan penghibur antarabangsa lain.
``Secara peribadi saya sangat kagum dengan bakat seni yang ada padanya dan saya percaya Siti memiliki peluang dan potensi yang sangat besar untuk diketengahkan ke peringkat global,'' kata David kepada wartawan Malaysia selepas berlangsungnya konsert berkenaan.
Beliau berkata, pada usia semuda itu, persembahan Siti sangat matang dan peluang beraksi di Royal Albert Hall merupakan platform yang paling tepat untuk artis itu memperluaskan pengaruhnya di peringkat global.
You go girl!
PS:mmmmm..Siti and Fazley..ehem..ehem...why not..great pair...
Posted by hAiZah at 1:05 PM